cinta dua dunia

cinta antara dua dunia


memang mencabar kalau kau dah suka sesama sendiri, kau akan buang segalanya kerana "cinta" .percayalah kisah ni bukanya rekaan tapi berdasarkan apa yang aku lalui.segalanya bermula sewaktu aku bekerja di sebuah restoran yang bertempat di KLCC,sewaktu itu aku baru mula mahu bekerja di bandar kuala lumpur, sememangnya memang niatku untuk berhenti daripada kedai kek di Selayang kerana mahukan gaji yang tinggi dan sesuai untukku menampung keluarga.Namaku Syahira, aku adalah anak sulung daripada 6 beradik,hidupku penuh dengan tanggungan, bebanan yang memikulku.aku berhijrah ke kuala lumpur dan menetap di Selayang,rumah ibu saudaraku yg telah banyak menolongku.


sampainya di kuala lumpur, ibu dan bapa saudaraku menolongku untuk mencarikan pekerjaan, aku pun bermula untuk mencari pekerjaan satu demi satu,kedai yang telah ku mohon pekerjaan.hanya menunngu masa untukku di panggil bekerja.dan disitu lah bermulanya aku bekerja di sebuah kedai kek di selayang.gajinya hanya cukup untukku berikan kepada ibuku di kampung, jadi aku harus buat sesuatu untuk diriku menabung.


bella , sepupuku yg memangpun sedang bekerja di sebuah bank yg bertempat di klcc, memberitahuku banyak jawatan kosong yg ada di klcc, dan gajinya juga berbaloi dan jauh bezanya daripada gajiku sekarang.aku nekad untuk pergi ke klcc dan mencari sendiri peluang untukku mencari rezeki yg lebih,benar kata bella, memamng banyak kekosongan disini.!


dengan bertemankan wina,adik kepada bella, kami berdua memasuki dari satu kedai ke satu kedai yang lain. banyak sudah resume dan borang pekerjaan yg aku dan wina sudahpun isi,sampaikan jemu dah kami berdua mengisi borang borang tersebut. sudah masuk waktu lunch time! bella menelefon aku untuk berjumpanya di foodcourt klcc.setelah berjumpa kami bertiga makan dan bercerita segalanya tentang pencarian kerja . bella hanya mampu tertawa dengan celoteh kami berdua.


setelah selesai segalanya, aku dan wina pun pulang ,hanya  perlukan tawakal dan doa y banyak setelah segala usaha yg kami telah lakukan.setelah tiba di stesen taman wahyu, aku dan wina menaiki teksi untuk sampai ke rumah ibu saudaraku.berceritalah kami berdua kepada mereka,setelah mandi kami pun makan bersama.






seminggu selepas itu, aku dapat panggilan dari sebuah restoran yang telah ku temuduga.dengan gaji yg agak lumayan aku pun tanpa berfikir panjang terus menerimanya.Wina juga mendapat tawaran bekerja di kedai kek yg berada di foodcourt. dia juga akan mula bekerja pda awal bulan mei.dengan itu aku pun akan mula bekerja pada awal bulan mei.pada mulanya aku dikehendaki pergi ke HQ tempat untuk latihan disana.aku dikehendaki untuk mengambil kursus makanan dan kursus membuat kopi. Jangan terkejut, membuat kopi juga ada kursus.di situlah aku mengenali rakan2 yang daripada luar negara, daripada filipin,pakistan,canada dan indonesia.restoran yg aku telah bekerja adalah baru lagi di Kuala lumpur, pemiliknya adalah seorang chef terkenal dari canada, selalu di kaca tv dan selalu berada di siaran masakan.


ini adalah perkara yg jarang berlaku kepada sesiapa,ini adalah tawaran yg agak 'rare' sekali.disitulah aku mengenali dunia, aku berkawan dengan pelbagai jenis manusia,dan disitulah aku berkenalan dan aku mendapat kawan yg selalu ada denganku,Linda, seorang kakak yg baik bagiku,perangainya yg sangat sopan dan selalunya kami berdua di HQ.sampaikan trainer yg mengajar kami pun selalu memerli kami yg selalu berdua kemana2 .tiap2 hari kami akan belajar benda baru yg tidak langsung pernah aku sangkakan.herba yg aku langsung tidak pernah tahu juga harus aku pelajari, daripada A hingga Z herba yg aku harus hafal. daripada herba aku ke sayuran,sayuran ke bahagian daging2 dan macam macam lagi.jenis2 potongan untuk hidangan yg kami akan jual nanti.


selepas bahagian makanan,mulalah pada bahagian minuman. disini,rupanya mereka ada menu untuk air yg ada alcohol. ataupun air arak,sebagai seorang muslim,sudah tentu aku tidak akan minum,ianya haram,dan di situlah juga aku mengenali lagi dunia dan manusia.disitu lah baru aku mengenali corak2 dunia yg berbeza dengan apa yg aku pelajari.selain aku dan kak Linda ,dan dua orang budak lelaki melayu , hanya kami sahaja yg tidak minum ataupun mencuba,walaupun kami harus meminum dan merasa,tapi  takkan kami cuba,sudah tentu tahu ianya haram,kenapa mahu diminum lgi?


bukan mahu tunjuk baik,tapi memang aku tak nak langsung minum tu!! lala dan nana dua orang perempuan yg agak liar dan kehidupan mereka selalu bertukar pasangan,mereka juga tertawakan kami berdua gara2 takut mahu minum arak itu.bedebah mereka tu!! ingat bagus kau tu? bangga diri kau minum arak! lepaskan geram aku dan kak Linda.memang dasar perempuan jalang!!operation manager kami Mr P mendengar percakapan kami berdua dan mentertawakan kami, kami terus diamkan diri gara2 terkejut dengan kehadiranya disitu.

apakah yg akan terjadi dengan syahira dan linda? adakah mereka akan dibuang kerja? nantikan sambungan cerita ini.







Comments